Japan Mobility Show 2025 sudahpun bermula di Tokyo Big Sight hari ini, namun di reruai Mazda masih lagi tiada khabar berkenaan versi produksi bagi model konsep Iconic SP yang muncul pada acara sama dua tahun lalu, dikatakan sebagai model pengganti bagi kereta sport Mazda RX-7. Tapi untuk peminat enjin Wankel Rotary dari Mazda, ini satu lagi yang mungkin boleh memainkan perasaan – mempersembahkan, Mazda Vision-X Coupe!

Walaupun tiada sebarang petunjuk bahawa ini adalah kereta sport yang akan menggantikan barisan model-model RX sebelum ini, Mazda Vision X-Coupe merupakan satu lagi model konsep yang dipacu oleh enjin rotary. Menurut Mazda, coupe ini menerima unit rangkaian kuasa plug-in hybrid (PHEV) yang menggandingkan enjin rotary dengan dua rotor dan disuap pengecas turbo, bersama motor elektrik yang menghasilkan kuasa 510 PS.

Bukan setakat berkuasa, ia juga menjadikan enjin wankel rotary dengan dua rotor lebih mesra alam dengan membolehkan Vision X-Coupe ini bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya dalam jarak 160 km, manakala dengan satu tangki petrol bersama satu cas penuh bateri membolehkan ia bergerak sejauh 800 km – kontra dengan enjin rotary dua rotor produksi terakhir Mazda pada perut Mazda RX-8 yang terpaksa dihentikan pengeluarannya pada 2012 kerana sudah tidak lulus undang-undang emisi ketika itu.

Mazda Vision-X Coupe didedah di Jepun – Model konsep PHEV dengan enjin rotary turbo, 510 PS!

Dan, berbanding unit rangkaian kuasa pada Iconic SP sebelum ini di mana enjin rotary yang dipadankan hanya berfungsi sebagai enjin penambah jarak iaitu seperti generator untuk mengecas bateri manakala tayar belakang dipacu oleh motor elektrik, sistem PHEV pada Vision X-Coupe ini pula turut akan membenarkan enjin rotary turbo tersebut menyampaikan kuasa putaran ke gandar belakang.

Ini kerana paparan instrumen Vision X-Coupe ini turut memaparkan tolok rpm enjin (takometer), dan turut terdapat mod manual pada tombol gear menandakan ada kotak gear yang dipadankan pada enjin rotary berkenaan.

Mazda juga menyatakan bahawa enjin rotary pada Vision X-Coupe ini mampu beroperasi dengan bahan api neutral karbon yang dihasilkan dari alga mikro melalui teknologi Mazda Mobile Carbon Capture yang dibangunkan oleh syarikat itu. Ini bermakna lebih banyak kereta ini dipandu, lebih banyak karbon dioksida di ruang atmosfera dapat dikurangkan, dakwa Mazda.

Mazda Vision-X Coupe didedah di Jepun – Model konsep PHEV dengan enjin rotary turbo, 510 PS!

Bahagian luaran model konsep ini dilihat seperti mengambil inspirasi dari reka bentuk Mazda 3 Hatchback sedia ada, yang menampilkan bahagian muncung yang panjang. Namun ia menampilkan saiz yang jauh lebih besar dari Mazda 3 dengan panjang keseluruhan mencecah 5,050 mm serta jarak roda sejauh 3,080 mm, manakala lebar dan tingginya masing-masing adalah 1,995 mm dan 1,480 mm.

Sekali tengok ia kelihatan seperti sebuah model tiga-pintu kerana pintu hadapan direka panjang dan garis untuk bukaan pintu belakang tidak terlalu kelihatan. Ia dipadankan lampu yang begitu nipis pada bahagian hadapan, tanpa gril atas (tetapi bentuk asas gril lima point Mazda masih tertonjol) dan juga jalur LED untuk lampu nyalaan siang yang nampak seperti taring.

Walaupun tiada langsung perincian luaran yang diambil dari mana-mana model sports RX, lain pula ceritanya pada bahagian kabin. Ini kerana papan pemuka Vision X-Coupe ini menampilkan paparan instrumen yang terdiri dari tiga perumah tolok utama bersama roda stereng tiga jejari deep dish, yang kelihatan retro seperti model Mazda RX2 Capella.

Mazda Vision-X Coupe didedah di Jepun – Model konsep PHEV dengan enjin rotary turbo, 510 PS!
Mazda Vision-X Coupe didedah di Jepun – Model konsep PHEV dengan enjin rotary turbo, 510 PS!
Mazda Vision-X Coupe didedah di Jepun – Model konsep PHEV dengan enjin rotary turbo, 510 PS!

Penumpang hadapan menerima satu skrin khas pada papan pemuka di hadapan mereka, yang kelihatan bercantum dengan skrin tengah, dan kedua-duanya seolah-olah tertanam masuk ke panel papan pemuka tersebut. Tempat-tempat duduk bucket bukan hanya dipadankan di hadapan, malah turut diberikan pada kabin belakang.

Ketika didedahkan Mazda tidak langsung memberikan petunjuk sama ada Vision-X Concept ini akan diproduksi atau tidak. Jadi janganlah anda terlalu mengharap kerana masih banyak lagi kereta-kereta konsep Mazda yang hanya terberhenti sehingga peringkat konsep, dan tidak diteruskan kepada prototaip berfungsi dan produksi selepas itu.

The post Mazda Vision-X Coupe didedah di Jepun – Model konsep PHEV dengan enjin rotary turbo, 510 PS! appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts