PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa satu lorong tambahan sementara akan dibuka di KM45.1 – KM42.5 (arah selatan) di laluan Simpang Renggam-Sedenak, Lebuhraya Utara-Selatan, yang terlibat dengan projek pelebaran lebuhraya.
Lorong tambahan berkenaan akan dibuka mulai 18 Mac hingga 5 April 2026 bagi membantu melancarkan aliran trafik menghala ke selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut hujung minggu ini.
“Sepanjang tempoh ini, pengguna lebuhraya akan menikmati tiga lorong trafik berbanding dua lorong sebelum ini bagi meningkatkan kapasiti dan mengurangkan kesesakan di kawasan projek,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Justeru, pengguna lebuhraya dinasihati agar mematuhi had laju yang ditetapkan, kekalkan jarak selamat antara kenderaan, elakkan menukar lorong secara mengejut dan sentiasa peka dengan keadaan trafik semasa.
“Rancang perjalanan anda dengan bijak dan utamakan keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman,” tambah PLUS lagi.
The post Lorong tambahan sementara dibuka untuk laluan Simpang Renggam-Sedenak di PLUS, 18 Mac-5 Apr appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















