PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa laluan antara Sungai Buaya dan Rawang di KM442.45-KM443.35 arah selatan di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup pada 21 Jan (hari ini) hingga 23 Jan 2026, dari jam 10 pagi hingga 4 petang setiap hari.
Ia adalah bagi kelancaran kerja-kerja penyelenggaraan talian atas elektrik merentasi lebuh raya akan dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di laluan berkenaan.
“Sepanjang tempoh kerja dijalankan, lorong kecemasan dan lorong kiri di KM442.45 sehingga KM443.35 arah selatan akan ditutup sementara kepada pengguna lebuhraya.
“Gangguan trafik dijangka minimum di lokasi berkenaan. Para pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda trafik serta arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja demi keselamatan bersama,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
The post Lorong kiri, kecemasan di KM442.45-KM443.35 antara Sg Buaya-Rawang PLUS ditutup, 21-23 Jan, 10am-4pm appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















