Untuk pengguna Lebuhraya Guthrie (GCE), sila ambil perhatian. Syarikat konsesinya, Prolintas mengumumkan bahawa terdapat dua penutupan lorong di lebuhraya terbabit akan dilaksanakan mulai malam ini.

Ia melibatkan penutupan lorong dari KM18.3 hingga KM18.9 arah utara untuk kelancaran kerja-kerja penghitaman garisan jalan dan garisan sementara untuk lencongan. Ia akan dilaksana mulai jam 10 malam ini (24 Februari) hingga 5 pagi esok.

Kedua, penutupan lorong melibatkan laluan kecemasan dan penunggang motosikal di KM18.1 hingga KM19.5, juga arah utara, untuk kerja-kerja membina persimpangan baharu. Ia dilaksanakan mulai hari ini hingga 8 Mac 2026.

Sila pandu dengan lebih berhati-hati dan patuhi arahan papan tanda dan petugas di lokasi yang terlibat.

The post Lorong ditutup di Lebuhraya Guthrie mulai malam ini appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts