Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berpendapat bahawa bilangan pengguna motosikal yang tinggi dalam negara juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesesakan trafik di Malaysia.
“Kita ada masalah sedikit berbanding negara lain kerana pengangkutan persendirian kita turut melibatkan motosikal. Dan motosikal kita terlalu banyak, kita juga tau masalahnya dan ia juga mengganggu kapasiti jalan dan juga mempengaruhi tahap kesesakan.
“Jadi itu adalah masalah kita yang kita perlu faham dan perlu kita selesaikan. Bagi saya kita kena cuba bawa pengguna motosikal dan pengguna kereta ke pengangkutan awam,” katanya ketika temuramah Agenda Awani semalam yang membincangkan berkenaan keadaan jalan raya di Kuala Lumpur yang semakin sesak akhir-akhir ini.
The post Lambakan motosikal juga antara faktor kesesakan jalan raya, syor guna pengangkutan awam – pakar appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















