Untuk warga PJ, ini ada makluman buat anda. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan bahawa laluan kontra di Jalan Gasing – Jalan Templer – NPE ditutup sementara sehingga 19 Spetember ini sempena cuti persekolahan.

Walau bagaimana pun, MBPJ berkata, laluan kontra akan kembali beroperasi seperti biasa mulai Isnin hadapan, 22 September 2025.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi arahan pihak berkuasa. Keselamatan anda adalah keutamaan kami,” kata MBPJ menerusi hebahan di Facebook rasminya.

The post Laluan kontra di Jalan Gasing-Jalan Templer-NPE ditutup hingga 19 Sept sempena cuti sekolah appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts