Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menawarkan sebanyak 26,460 tiket tambahan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi tempoh 13 hingga 22 Februari bagi memenuhi permintaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, laporan New Straits Times.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, peruntukan tambahan bagi tempoh perayaan tersebut akan meningkatkan operasi ETS kepada maksimum 52 perjalanan sehari, dan jualan tiket akan dibuka mulai 29 Januari ini.

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pula, KTMB akan menyediakan lapan perkhidmatan ETS dari 13 hingga 29 Mac di laluan terpilih, dengan jumlah keseluruhan 36,540 tiket ditawarkan. Langkah ini juga akan menjadikan operasi ETS mencapai maksimum 52 perjalanan sehari. Untuk musim Hari Raya Aidilfitri, jualan tiket akan dibuka mulai 1 Mac, menurut Menteri Pengangkutan itu lagi.

The post KTMB bakal menawarkan 26,460 tiket tambahan ETS bagi tempoh 13-22 Feb sempena Tahun Baharu Cina appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts