KTM ETS KL Sentral – JB Sentral dijadualkan semula mulai 18 April – pemulangan tambang ditawarkan

Klik untuk besarkan

Makluman penting buat pengguna KTM ETS. Pengendalinya, KTM Berhad telah mengumumkan penjadualan semula bagi beberapa perkhidmatan ETS terpilih antara KL Sentral dan JB Sentral, berkuat kuasa 18 April 2026. Ini selaras dengan kemajuan projek landasan berkembar KVDT2.

Menurut KTMB, penjadualan semula ini melibatkan perkhidmatan ETS 9536 dari JB Sentral ke KL Sentral (8.30 malam – 12.50 tengah malam) dan ETS 9537 dari KL Sentral ke JB Sentral (9.10 malam – 1.30 pagi).

Perkhidmatan gantian bagi ETS 9536 ialah ETS 9530, yang akan berlepas dari JB Sentral pada pukul 3 petang dan tiba di KL Sentral pada 7.20 malam. Bagi ETS 9537 pula, perkhidmatan gantinya ialah ETS 9535, yang akan berlepas dari KL Sentral pada pukul 8 malam dan tiba di ibu negeri Johor pada 12.20 tengah malam.

Bagi mereka yang telah membeli tiket ETS 9536 dan 9537 untuk perjalanan bermula 18 April, anda layak menerima bayaran balik penuh. Pembatalan tiket untuk tujuan bayaran balik dibuka sejak semalam melalui aplikasi KITS Style. Anda kemudian boleh membeli tiket baharu bagi ETS 9530, 9535 atau perkhidmatan lain yang sesuai dengan jadual anda. Untuk panduan terperinci tentang cara membuat bayaran balik melalui aplikasi, sila rujuk grafik di atas.

The post KTM ETS KL Sentral – JB Sentral dijadualkan semula mulai 18 April – pemulangan tambang ditawarkan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts