PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan kerja-kerja penambahbaikan turapan jalan akan dilaksanakan di satu lorong keluar bagi kenderaan berat dan lebar (Lorong K08) di Plaza Tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara-Selatan mulai malam ini (24 Februari) hingga 27 Februari 2026, antara jam 10 malam hingga 6 pagi.
“Sepanjang tempoh tersebut, satu lorong keluar akan terlibat dan pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda trafik serta arahan petugas di lokasi, dan menggunakan laluan alternatif sekiranya trafik meningkat, khususnya bagi kenderaan berat,” kata PLUS.
Bagi pengguna laluan terbabit khususnya pemandu kenderaan berat, anda diminta untuk memandu lebih berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda di lokasi sepanjang proses kerja-kerja dijalankan.
The post Kerja turapan jalan di lorong keluar kenderaan berat di Plaza Tol Changkat Jering, 24-27 Feb, 10 malam-6 pagi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















