Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan terdapat gangguan capaian rangkaian pada 4 hingga 5 Julai 2025, dari jam 10 malam hingga 6 pagi di hampir kesemua platform dan perkhidmatannya kecuali di Kaunter JPJ Negeri, cawangan dan UTC.
Gangguan capaian ini melibatkan perkhidmatan di portal MySikap (awam & rakan niaga), Integrasi Bersama Agensi & Rakan Niaga, Vehicle Entry Permit(VEP) (portal serta pembayaran), Road Charge (RC) melalui e-Wallet, aplikasi MyJPJ, JPJ Mobile, JPJeBID dan juga kios JPJ.
Menurut JPJ, gangguan capaian rangkaian ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan keselamatan rangkaian di pusat data JPJ. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan data utama JPJ terjamin serta memastikan semua perkakasan keselamatan berfungsi dengan optimum tanpa gangguan dalam menyokong operasi harian JPJ.
Pada 20 Jun lalu, JPJ mengumumkan gangguan capaian rangkaian ini di semua platform perkhidmatannya termasuk kaunter JPJ Negeri, cawangan dan UTC. Walau bagaimana pun, ia ditangguhkan tanpa memaklumkan sebabnya.
The post JPJ umum gangguan capaian rangkaian di kios, MySikap, MyJPJ, JPJeBid dll – 4-5 Julai, 10mlm-6pg appeared first on Paul Tan’s Automotive News.