Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi jumlah saman yang dikeluarkan oleh pegawai penguatkuasanya, laporan The Star.
Sebaliknya, agensi penguatkuasaan itu akan mengalihkan fokus daripada jumlah saman yang dikeluarkan kepada peningkatan pematuhan dan keselamatan jalan raya, kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. Di mana operasi penguatkuasaan akan lebih menumpukan kepada rondaan, pemantauan dan tindakan pencegahan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
“Kami tidak memberi tumpuan kepada pengeluaran saman, sebaliknya memastikan pematuhan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Bahagian penguatkuasaan akan menilai semula KPI saman yang ditetapkan sebelum ini,” katanya,
Tambahnya, langkah JPJ ini selaras dengan hala tuju dasar Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memperkukuhkan strategi penguatkuasaan yang memberi impak lebih besar terhadap keselamatan jalan raya.
Jelasnya lagi, pegawai penguatkuasa sebaliknya akan dinilai berdasarkan keberkesanan operasi dan hasil keselamatan, bukannya jumlah saman yang dikeluarkan.
Bulan lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan bahawa KPI JPJ adalah pengurangan kemalangan maut, bukannya jumlah saman yang dikeluarkan kepada pengguna jalan raya.
The post JPJ tidak lagi tetapkan KPI untuk jumlah saman, kini tumpukan pematuhan keselamatan jalan raya appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















