Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah berjaya memperoleh RM277,030 hasil sesi lelongan kenderaan baru-baru ini. Ini merupakan siri ketiga lelongan yang dianjurkan, dua siri sebelum ini mencatatkan perolehan sebanyak RM313,140 dari 243 kenderaan yang dilelong.

Bagi siri ketiga dan terakhir untuk tahun ini, sebanyak 200 buah kenderaan telah dibuka untuk dibida oleh orang awam. Ia merangkumi 136 kenderaan yang boleh dilesenkan seperti kereta dan motosikal, serta 64 kenderaan yang tidak boleh dilesenkan seperti kenderaan yang telah rosak atau tidak lagi sesuai untuk digunakan di jalan raya. Kenderaan paling tinggi dibida pada sesi ini ialah sebuah lori Rigid yang berjaya dijual dengan harga RM 74,500.

Sesi lelongan ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila seramai 96 pembida berdaftar hadir untuk merebut peluang mendapatkan kenderaan pada harga lelong yang kompetitif.

Penganjuran lelongan awam ini merupakan sebahagian daripada usaha JPJ dalam memastikan kenderaan sitaan diuruskan secara sistematik, telus dan berintegriti.

The post JPJ Selangor peroleh lebih RM277k menerusi siri ketiga lelongan tahun ini – 200 kenderaan terjual appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts