JPJ Selangor nasihati orang ramai jangan terperdaya dengan iklan lesen memandu percuma tanpa ujian

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menafikan penularan iklan dan hebahan di media sosial yang mendakwa kononnya orang awam boleh memperoleh lesen memandu secara percuma tanpa perlu melalui sebarang ujian yang sah.

Pengarah JPG Selangor, Azrin Borhan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa iklan terbabit adalah maklumat palsu serta mengelirukan, selain mempunyai unsur penipuan untuk memperdaya orang ramai.

“Hasil siasatan awal mendapati iklan tersebut telah menggunakan gambar Pengarah JPJ Negeri Selangor tanpa kebenaran, sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang awam serta menjejaskan kredibiliti jabatan.

“Sehubungan itu, JPJ Negeri Selangor ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran atau maklumat berkaitan pemberian lesen memandu secara percuma tanpa ujian yang sah, “katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati orang awam supaya sentiasa membuat semakan melalui saluran rasmi JPJ bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

The post JPJ Selangor nasihati orang ramai jangan terperdaya dengan iklan lesen memandu percuma tanpa ujian appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts