Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah menahan 459 pemandu warga asing di atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan, dalam Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) antara 1 hingga 23 Januari 2026, laporan The Star.

Pengarah JPJ Negeri Johor Tuan Zulkarnain Yasin berkata menerusi operasi berkenaan, pihaknya telah memeriksa sebanyak 1,109 kenderaan dan mengeluarkan 459 notis atas pelbagai kesalahan. Manakala 235 kenderaan disita iaitu 152 motosikal, 69 kereta, 11 lori dan tiga van.

Katanya lagi, pesalah trafik PEWA kali ini melibatkan 195 warga Pakistan, 110 warga Bangladesh, 99 warga Indonesia, 23 warga Burma, 15 warga Nepal dan 17 warga lain-lain negara.

Sementara itu, JPJ Kuala Lumpur pula telah menyita sebanyak 58 kenderaan di bawah Ops PEWA pada 20 Januari lalu. Kenderaan yang disita termasuk lima buah lori sampah, yang dipandu oleh warga asing walau pun kenderaan berkenaan didaftarkan di bawah nama pemilik warga tempatan. Pengarah JPJ KL Hamidi Adam turut mengeluarkan amaran keras kepada kontraktor yang melanggar peraturan kerana mengajikan warga asing sebagai pemandu lori sampah.

JPJ Johor tahan 459 pemandu warga asing, sita 235 kenderaan dalam Ops PEWA – tiada lesen, cukai jalan

The post JPJ Johor tahan 459 pemandu warga asing, sita 235 kenderaan dalam Ops PEWA – tiada lesen, cukai jalan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts