JPJ eBid: Siri VQA dan BSP dibuka untuk bidaan

Bagi yang sedang mencari nombor pendaftaran bagi kenderaan, ini ada siri terkini dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Selangor yang dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari WPKL, VQA dibuka bidaan bermula hari ini, 9 Okt 2025. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 13 Okt. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 14 Okt 2025. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

Manakala siri nombor pendaftaran terkini Selangor, BSP, dibuka bidaan sejak mulai 15 Okt 2025. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 19 Okt, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 20 Okt 2025.

Memandangkan kini banyak urusan yang boleh dibuat secara dalam talian, jadi kalau nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran kenderaan yang diingini.

The post JPJ eBid: Siri VQA dan BSP dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts