JPJ eBid: Siri DFL dan QM_T dibuka untuk bidaan

Jika anda sedang mencari nombor pendaftaran bagi kenderaan, ini ada siri terkini dari Kelantan dan Sarawak yang dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari Kelantan, DFL sedang dibuka bidaan sejak semalam, 2 Julai 2025. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 6 Julai. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 7 Julai 2025. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

Manakala siri nombor pendaftaran terkini Sarawak, QM_T, akan dibuka bidaan bermula 6 Julai 2025. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 10 Julai, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 11 Julai 2025.

Disebabkan sekarang ini banyak urusan yang boleh dibuat secara dalam talian, jadi kalau nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran kenderaan yang diingini.

The post JPJ eBid: Siri DFL dan QM_T dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts