Pos Malaysia mengumumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghentikan pengeluaran slip bercetak bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM atau cukai jalan) bagi kenderaan persendirian yang dimiliki rakyat Malaysia bermula 1 Februari 2026.
Syarikat itu menambah bahawa bagi mereka yang memerlukan slip LKM bercetak, ia masih boleh diperoleh ketika memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan di kiosk serta pejabat Pos Malaysia sebelum tarikh akhir, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Slip LKM bercetak ini merujuk kepada pelekat berbentuk segi empat tepat yang dilekatkan pada cermin hadapan kenderaan, dan ia berbeza daripada dokumen kertas baharu yang diperkenalkan pada Februari 2023, yang masih boleh diperoleh di pejabat JPJ.
Sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperluaskan pendigitalan perkhidmatan pengangkutan, Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan cukai jalan digital (e-LKM) dan lesen memandu digital (e-LMM) pada Februari 2023, yang kedua-duanya disimpan serta boleh diperbaharui melalui aplikasi MyJPJ.
The post JPJ dan Pos Malaysia akan menghentikan pengeluaran slip bercetak bagi cukai jalan bermula 1 Feb 2026 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















