Acara Auto Car Expo (ACE) 2025 anjuran paultan.org sedang rancak berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), hari ini dan esok dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Tajaan bersama Carro dan Kärcher, penganjuran tahun ini juga melibatkan penyertaan banyak jenama kenderaan, yang turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik.

Selain mempamerkan SUV lasak T2, Jetour turut memperagakan model Dashing dan VT9. Bagi yang mencari SUV segmen-C, Dashing antara pilihan yang wajar dipertimbangkan. Ia dijanakan oleh enjin 1.5 liter turbo empat-silinder sebaris dengan 156 PS (154 hp atau 115 kW) dan tork 230 Nm serta ditawarkan dengan dua varian, berharga dari RM109,800.

Bagi VT9 pula, SUV tujuh-tempat duduk ini menawarkan keselesaan dan pengendalian yang jitu. Seperti Dashing, ia dijanakan oleh enjin petrol yang sama iaitu 1.5 liter turbo empat-silinder sebarus dengan 156 PS dan tork 230 Nm. Ia ditawarkan dengan varian 1.5 TCI Comfort berharga dari RM119,350 dan model spesifikasi penuh 1.5 TCI Prime pula RM124,350.

Jetour Dashing dan VT9 ditawarkan rebat 3% untuk kakitangan kerajaan menerusi ACE 2025

Untuk kakitangan kerajaan yang berhajat membeli salah satu daripada model SUV ini menerusi ACE 2025, anda bakal menerima rebat tambahan sebanyak 3%. Bukan itu sahaja, setiap Dashing atau VT9 yang ditempah di ACE 2025, anda bakal menerima baucar petrol RM2,000 dan insurans kenderaan percuma selama setahun serta baucar tunai bernilai RM2,000 bagi cenderahati Jetour Life.

Jika menempah mana-mana model kenderaan baharu di ACE 2025, anda juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran dan hadiah menarik daripada kami di paultan.org. 200 tempahan terawal akan menerima baucar bernilai RM2,500 untuk filem penapis haba, cucian serta aksesori kenderaan daripada V-Kool, Dodomat, Kuzig Glanz Detailing, The Carage dan Harman Kardon.

Selain itu, setiap tempahan yang telah disahkan melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi hadiah utama berupa percutian yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang bernilai RM10,000. Turut tersedia hadiah daripada Kärcher untuk dimenangi. Ada juga barisan produk Kärcher yang bernilai lebih daripada RM30,000 untuk dimenangi oleh 20 pemenang.

Selain Jetour, senarai jenama yang mengambil bahagian antaranya ialah BMW dan MINI (diwakili oleh Wheelcorp Premium), Audi, Volkswagen, Zeekr (diwakili oleh Carro), Jaecoo, Chery, Perodua, Hyundai, Ford, BYD, Proton, dan smart (diwakili oleh EON). Semua jenama ini turut menawarkan promosi terbaik mereka sepanjang acara berlangsung.

Jetour Dashing dan VT9 ditawarkan rebat 3% untuk kakitangan kerajaan menerusi ACE 2025
Jetour Dashing dan VT9 ditawarkan rebat 3% untuk kakitangan kerajaan menerusi ACE 2025
Jetour Dashing dan VT9 ditawarkan rebat 3% untuk kakitangan kerajaan menerusi ACE 2025
Jetour Dashing dan VT9 ditawarkan rebat 3% untuk kakitangan kerajaan menerusi ACE 2025
Jetour Dashing dan VT9 ditawarkan rebat 3% untuk kakitangan kerajaan menerusi ACE 2025

The post Jetour Dashing dan VT9 ditawarkan rebat 3% untuk kakitangan kerajaan menerusi ACE 2025 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts