Setelah pelbagai spekulasi menular, akhirnya litar yang dibina oleh Kumpulan Sunway di Sunway Iskandar Johor kini sudah didedahkan dan secara rasmi dikenali sebagai Jeffrey Cheah Circuit, iaitu nama yang dipilih sempena nama pengasas dan pengerusi kumpulan itu.

Secara keseluruhan litar ini diukur dengan panjang 4.5 km dan menampilkan 23 selekoh yang didakwa “direka untuk menguji ketepatan, kelajuan dan kawalan”. Namun jika dilihat pelan yang ditunjuk, agak mustahil untuk semua bahagian pada litar berkenaan untuk satu acara kerana ia turut membentuk beberapa ‘simpang’.

Secara rasmi, litar ini dibuka dalam tiga konfigurasi iaitu The Outer, The Left dan The Right. Bagi konfigurasi The Outer, ia menggunakan keseluruhan pada bahagian laluan litar luar, menghasilkan laluan sejauh 2.38 km dan 11 selekoh, serta mempunyai dua laluan lurus yang panjang dan beberapa selekoh laju.

Jeffrey Cheah Circuit – nama rasmi litar di Sunway Iskandar Johor, 4.5 km & 23-selekoh keseluruhan

Untuk The Left pula, ia menggunakan bahagian kiri litar berkenaan dengan jarak sejauh 2.4 km yang terbentuk dari 13 selekoh – enam daripadanya adalah selekoh pin rambut. Manakala bagi The Right, litar sepanjang 2.1 km ini menampilkan laluan lurus yang lebih pendek, 11 selekoh yang lebih teknikal serta 4 daripadanya adalah selekoh pin rambut.

Selain itu litar ini juga mempunyai 10-garaj pit, bilik kawalan untuk memantau semua aktiviti litar termasuk menyediakan peta interaktif bagi memaparkan kedudukan setiap kereta dan juga paparan masa secara langsung, skid pad untuk aktiviti pemanduan lain seperti latihan permukaan basah dan sebagainya serta gudang untuk menyimpan kereta-kereta di mana ia akan dipastikan sentiasa dalam keadaan terbaik untuk kembali dipandu di litar pada bila-bila masa.

Fasiliti-fasiliti lain yang turut disediakan termasuk ruang makan persendirian yang memberikan pemandangan panaromik litar terserbut, bilik mesyuarat eksklusif, bilik simulator dan juga ruang Lounge VIP.

Laman web rasmi Jeffrey Cheah Circuit ini langsung tidak menyatakan sebarang perlumbaan yang akan diadakan di sini kelak, dan tidak menyebut sebarang penarafan yang diterima dari badan-badan pemantau sukan permotoran antarabangsa seperti FIA dan FIM. Namun ia ada menawarkan program lesen keahlian di mana pendaftarannya akan dibuka tidak lama lagi.

Jeffrey Cheah Circuit – nama rasmi litar di Sunway Iskandar Johor, 4.5 km & 23-selekoh keseluruhan
Jeffrey Cheah Circuit – nama rasmi litar di Sunway Iskandar Johor, 4.5 km & 23-selekoh keseluruhan

Jeffrey Cheah Circuit – nama rasmi litar di Sunway Iskandar Johor, 4.5 km & 23-selekoh keseluruhan
Jeffrey Cheah Circuit – nama rasmi litar di Sunway Iskandar Johor, 4.5 km & 23-selekoh keseluruhan

“Di Jeffrey Cheah Circuit, menjadi pemegang lesen adalah lebih dari sekadar akses kepada litar berkelas dunia. Ia adalah kemasukan ke komuniti permotoran elit. Terhad kepada hanya mereka yang terpilih, setiap pemegang lesen merangkumi peluang yang jarang ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada destinasi pemanduan persendirian paling eksklusif di Asia Tenggara,” tulis kenyataan dalam laman web rasmi litar berkenaan.

Jadi boleh disimpulkan bahawa ini bukanlah litar lumba yang akan mengadakan apa-apa perlumbaan untuk peringkat tempatan atau antarabangsa, sebaliknya adalah litar persendirian yang dibuka untuk kegunaan ahli seperti litar Marigawa Club di Jepun.

Tambahan pula ia terletak berhampiran dengan Singapura, dan sudah tentu akan menjadi tarikan kepada pemilik-pemilik Supercar dari negara berkenaan untuk bertandang ke sini, bukan sahaja untuk menggunakan litar, malah fasiliti lain termasuk gudang yang dinyatakan tadi.

The post Jeffrey Cheah Circuit – nama rasmi litar di Sunway Iskandar Johor, 4.5 km & 23-selekoh keseluruhan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts