Makluman buat masyarakat di sekitar Pulau Pinang atau pun yang merancang untuk ke negeri berkenaan pada hujung minggu hadapan. Dimaklumkan bahawa Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau pun Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara pada 3 hingga 4 Januari 2026.
Penutupan laluan di jambatan berkenaan bermula jam 8 malam pada 3 Januari sehingga 2 pagi keesokannya bagi memberikan laluan kepada penganjuran acara PDRM Penang International 2nd Bridge Solidarity Fun Ride 2026.
Justeru, orang ramai dinasihati agar merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan. Walau bagaimana pun, Jambatan Pulau Pinang dibuka seperti biasa dan boleh digunakan sebagai laluan alternatif untuk yang mahu masuk atau keluar ke/dari bahagian pulau ke tanah besar.
PDRM Penang International 2nd Bridge Solidarity Fun Ride 2026 dijangka menerima 3,000 penyertaan yang melibatkan kayuhan sejauh 52 km. Kayuhan akan bermula di Queensbay Mall dan merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum berpatah kembali ke pusat membeli-belah berkenaan sebagai garisan penamat. Acara berbasikal ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan Berbasikal Kontijen Pulau Pinang dan ia merupakan penganjuran kali ke-6 serta sebahagian daripada kempen pencegahan jenayah PDRM.
The post Jambatan kedua Pulau Pinang ditutup sementara pada 3-4 Jan, 8 malam-2 pagi; untuk acara berbasikal PDRM appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















