Untuk anda yang bekerja atau sering ke PJ State, ini ada makluman penting. MBPJ telah mengumumkan penutupan Jalan Tengah di pusat bandar berkenaan, sebagai persiapan penganjuran majlis meraikan Tahun Baharu Cina.
Acara berkenaan akan berlangsung pada 13 Februari ini dari jam 3 petang hingga 8 malam dan penutupan jalan dilaksanakan mulai jam 11 malam pada 12 Februari hingga 11 malam pada 13 Februari 2026.
Jalan Tengah yang akan ditutup itu bermula dari hadapan Bank UOB hingga Jalan 52/18 iaitu di hadapan Restoran Ajmeer. Sila semak peta di atas untuk gambaran yang lebih jelas. Jika anda berada di lokasi berkenaan, sila patuhi papan tanda dan arahan dari pihak krew yang terlibat.
The post Jalan di PJ State ditutup untuk majlis CNY, 12-13 Feb appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















