Poor man Range Rover“, ini antara gelaran untuk Jaecoo J7, iaitu SUV sub-jenama Chery dari China dengan rekaan yang diinspirasikan dari jenama ikonik dari United Kingdom iaitu Range Rover. Namun nampaknya pengguna di UK sudah tidak kisah dengan “hakikat” tersebut kerana untuk bulan Mac 2026, Jaecoo J7 merupakan kenderaan yang paling laris di negara itu!

Menurut laporan Autocar, Jaecoo J7 (atau dikenali sebagai Jaecoo 7 di sana) terjual sebanyak 10,064 unit sepanjang bulan lalu di UK. Ia menewaskan Ford Puma dengan jualan 9,193 unit, Nissan Qashqai yang terjual 8,718 unit dan Kia Sportage terjual sebanyak 7,310 unit.

Malah J7 merupakan model kedua terlaris di UK untuk tiga bulan pertama tahun ini dengan jualan kumulatif tahunan 2026 yang sudah mencecah 15,569 unit, sedikit di belakang Ford Puma yang mencatatkan jualan untuk tempoh sama sebanyak 16,128 unit.

Jaecoo 7 ini dilancarkan di UK pada Januari 2025, sedikit lewat berbanding Malaysia yang menerima model ini pada Julai 2024. Jadi ia cuma mengambil masa setahun untuk J7 mendapat kepercayaan dari pelanggan di sana untuk menjadi antara model paling laris, bersaing dengan jenama-jenama dari Eropah dan Jepun yang lebih dipercayai.

The post Jaecoo J7 dinobat kereta paling laris di UK untuk Mac 2026, kalahkan Ford Puma dan Nissan Qashqai appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts