Selepas memperkenalkan JAC T9 diesel dan JAC T9 EV pada Mac lalu — yang menjadi trak pikap pertama untuk pasaran Malaysia untuk pemilik persendirian — pengedar jenama itu, Evolvelectric Motors kini sedang membuat persiapan untuk pengenalan sulung yang lain. Syarikat itu telah menunjukkan iklan untuk model JAC T9 PHEV di Facebook, yang kelihatannya bakal menjadi trak plug-in hybrid yang pertama di Malaysia tak lama lagi.
Setakat ini, belum pernah sebuah trak pikap ditawarkan dengan beberapa pilihan sistem janaan kuasa seperti ini di Malaysia seperti yang dilakukan oleh JAC ini.
JAC T9 PHEV tampil pertama kali di persada global ketika Melbourne Motor Show tahun ini. Seperti dilaporkan oleh Drive, model ini menggunakan enjin 2.0 liter petrol dan digandingkan dengan dua motor elektrik, yang memberikan output keseluruhan 523 PS/1,000 Nm serta bateri LFP 31.2-kWj dengan jarak EV 100 km.
JAC T9 diesel dan EV masing-masing dijual dengan harga antara RM120k dan RM200k di Malaysia. Berapa agaknya harga untuk varian PHEV nanti?
The post JAC T9 PHEV bakal tiba di Malaysia — trak pikap <em>plug-in hybrid<em> pertama, sertai barisan T9 diesel dan EV appeared first on Paul Tan’s Automotive News.