Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa untuk minggu bertarikh 8 hingga 14 Januari 2026, harga runcit petrol RON 97 diturunkan sebanyak lima sen seliter menjadi RM3.11 seliter.
Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia pula diturunkan sebanyak dua sen seliter menjadi RM2.54 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi95 masih kekal pada RM1.99 seliter.
Begitu juga dengan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut diturunkan sebanyak lima sen seliter menjadi RM2.89 seliter. Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Hari ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata kerajaan tidak akan melaksanakan penyasaran bagi subsidi petrol RON95 berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini. Ini termasuklah mengurangkan kuota subsidi Budi95 untuk mengelakkan bebanan tambahan kepada isi rumah, terutamanya mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja.
The post Harga minyak 8-14 Jan – RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel Semenanjung turun antara 2-5 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















