Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa bagi minggu bertarikh 6 hingga 12 November 2025, harga runcit petrol RON97 masih dikekalkan pada RM3.20 seliter.
Begitu juga dengan harga RON95 tanpa subsidi, ia masih dikekalkan pada RM2.60 seliter. Manakala di bawah program Budi95 yang dikuatkuasakan sejak 30 September lalu, RON95 masih ditetapkan pada harga RM1.99 seliter.
Walau bagaimana pun, bagi harga diesel untuk pasaran Semenanjung Malaysia, ia dinaikkan sebanyak tujuh sen seliter menjadi RM3.02 seliter . Manakala harga diesel di Sabah dan Sarawak masih kekal pada RM2.15 seliter.
Pada 23 Sept lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberi jaminan bahawa harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program Budi95 akan dikekalkan dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya. Walau bagaimana pun, katanya, kerajaan tidak menjamin harga tersebut akan kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa.
The post Harga minyak 6-12 Nov – diesel di semenanjung dinaikkan tujuh sen seliter, yang lain dikekalkan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















