Bagi minggu bertarikh 30 Oktober hingga 5 November 2025, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak enam sen kepada RM3.20 seliter, berbanding RM3.14 seliter sebelum ini.
Untuk harga RON95 tanpa subsidi, ia masih dikekalkan pada RM2.60 seliter. Manakala di bawah program Budi95 yang dikuatkuasakan sejak 30 September lalu, RON95 masih ditetapkan pada harga RM1.99 seliter.
Bagi harga diesel pula, bagi pasaran Semenanjung Malaysia, ia turut dinaikkan sebanyak enam sen seliter menjadi RM2.95 seliter berbanding RM2.89 seliter sebelum ini. Manakala harga diesel di Sabah dan Sarawak masih kekal pada RM2.15 seliter.
Pada 23 Sept lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberi jaminan bahawa harga subsidi petrol RON95 pada RM1.99 seliter di bawah program Budi95 akan dikekalkan dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya. Walau bagaimana pun, katanya, kerajaan tidak menjamin harga tersebut akan kekal sepanjang masa kerana ia bergantung keadaan semasa.
The post Harga minyak 30 Okt-5 Nov – RON97, diesel di semenanjung dinaikkan masing-masing 6 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















