Untuk tempoh antara 26 Februari hingga 4 Mac 2026, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON 97 dinaikkan sebanyak lima sen seliter menjadi RM3.15 seliter.
Untuk petrol RON 95 tanpa subsidi, ia juga dinaikkan sebanyak lima sen seliter menjadi RM2.59 seliter. Walau bagaimana pun harga runcit petrol bersubsidi RON95 masih kekal pada RM1.99 seliter.
Untuk harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, ia turut dinaikkan lima sen seliter menjadi RM3.04 seliter. Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, ia masih berharga RM2.15 seliter.
Pada 11 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menjangkakan penjimatan sebanyak RM2.5 bilion bagi tahun ini susulan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 di bawah Program Budi Madani 95 (Budi95). Menerusi program ini, ia telah merekodkan purata sehingga 3.1 juta transaksi sehari, atau sehingga 96 juta transaksi sebulan.
“Saya menegaskan perkembangan ini merupakan satu berita yang amat positif, kerana tidak banyak negara berani mengambil langkah tegas melaksanakan penyasaran subsidi, memandangkan risiko serta cabaran dari sudut penerimaan rakyat,”katanya.
The post Harga minyak 26 Feb-4 Mac – RON97, RON95 tanpa subsidi, diesel di Semenanjung dinaikkan 5 sen seliter appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















