Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50% untuk kenderaan Kelas 1 (persendirian) di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang) pada 14 hingga 15 Februari 2026 (Sabtu dan Ahad ini), sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Ia sejajar dengan pengumuman kerajaan yang turut memberikan diskaun tol yang sama di semua plaza tol kecuali plaza tol di pintu masuk sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), juga selama dua hari iaitu bermula jam 12.01 tengah malam pada 14 Februari dan berakhir jam 11.59 malam pada 15 Februari 2026 kepada para pengguna kenderaan persendirian.

The post Diskaun tol 50% di Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 14-15 Feb 2026 untuk kenderaan kelas 1 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts