DBKL telah mengumumkan penawaran kadar istimewa untuk saman trafik sempena dengan Hari Merdeka yang ke-68 dan Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi.
Sedang berlangsung sehingga 17 September ini, ‘diskaun’ saman trafik bagi kereta ditawarkan pada kadar RM30 dan RM10 untuk motosikal. Jadi, jika anda mempunyai saman trafik tertunggak yang dikeluarkan oleh DBKL, inilah masa yang sesuai untuk melangsaikannya.
Untuk pembayaran, anda boleh menggunakan platform dalam talian Pay@kl dan PBTPay atau pun terus berkunjung ke kaunter DBKL mahu pun menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.
Bagi yang tidak tahu, PDRM juga sedang menawarkan diskaun saman sebanyak 50% sehingga 16 September ini. Ia hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID, sekaligus memastikan kemudahan ini khusus kepada rakyat Malaysia.
The post DBKL tawar kadar istimewa untuk saman trafik hingga 17 Sept 2025 – RM30 untuk kereta, motosikal RM10 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.