Chery Corporate Malaysia telah pun mula mengeksport kenderaan yang dibuat di fasilitinya di Shah Alam ke pasaran Brunei. Ini merupakan pasaran eksport kedua untuk syarikat itu selepas mula menghantar kenderaan ke pasaran Vietnam bermula Februari tahun lalu.
Kumpulan pertama kenderaan yang dieksport ke Brunei ini adalah terdiri dari model SUV segmen-C Jaecoo J7 2WD dan Jaecoo J7 PHEV. Menurut Chery model-model yang dieksport ini menampilkan spesifikasi yang sama seperti versi pasaran Malaysia.
“Pasaran eksport merupakan tonggak utama bagi strategi pertumbuhan jangka panjang kami di rantau ASEAN. Kami teruja untuk meneruskan momentum pertumbuhan ini dengan mengembangkan jangkauan jenama kami ke lebih banyak pasaran,” kata Naib Presiden Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo.
“Berikutan permulaan eksport ke Vietnam pada Februari 2025, jarak dan potensi pasaran Brunei menjadikannya langkah seterusnya yang logik dan penting. Penghantaran awal Jaecoo J7 ini membolehkan kami mengukur penerimaan pasaran dan meletakkan asas yang kukuh di Brunei,” kata Naib Presiden Chery Corporate Malaysia, Cheng Nam Weng.
The post Chery Malaysia mula eksport Jaecoo J7 2WD dan J7 PHEV yang dipasang di Shah Alam ke Brunei appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

















