Chery antara jenama yang membuat penampilan besar di acara Auto Car Expo (ACE) anjuran paultan.org yang kini berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) kerana selain membawa sub-jenama lain seperti Omoda & Jaecoo dan iCaur, ia juga dibarisi model-model baharu yang dilancarkan tahun ini.

Kita mulakan model paling kecil Chery Tiggo Cross yang dilancarkan pada Julai lalu. Model segmen-A tetapi dengan saiz hampir kepada segmen-B seperti Proton X50 dan Perodua Ativa ini dijual dalam dua varian iaitu 1.5L Turbo dijual pada harga RM88,800 dan juga 1.5L Hybrid dijual pada harga RM99,800.

Bagi model turbo Tiggo Cross ini dijana oleh enjin 1.5 liter empat-silinder yang menghasilkan kuasa 147 PS/210 Nm dan dipadankan dengan kotak gear klac berkembar automatik DCT enam-kelajuan. Manakala bagi varian Hybrid, ia menerima unit rangkaian kuasa generasi terbaharu Chery dikenali sebagai Chery Super Hybrid (CSH), menggandingkan enjin 1.5L NA berkuasa 102 PS/125 Nm dengan kotak gear khas hibrid (DHT) dengan dua buah motor elektrik di dalamnya yang menghasilkan kuasa keseluruhan 204 PS dan tork maksima 310 Nm.

Kemudian Chery turut membawa SUV segmen-B O5 yang baru dilancarkan September lalu, iaitu versi facelift bagi model yang sebelum ini dikenali sebagai Chery Omoda 5. Model ini dijual pada harga RM116,800, dan menerima bukan hanya sekadar muka yang lebih segar, malah diberikan tingkat taraf mekanikal termasuk kotak gear CVT yang digantikan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan dan juga suspensi belakang torsion beam diganti dengan multilink. Namun ia masih mengekalkan enjin 1.5 liter empat silinder turbo berkuasa 150 PS/230Nm.

Chery di ACE 2025 – dibarisi model terkini O5, Tiggo Cross, Tiggo 7 & 8 PHEV; rebat RM1k & hadiah lain
Chery di ACE 2025 – dibarisi model terkini O5, Tiggo Cross, Tiggo 7 & 8 PHEV; rebat RM1k & hadiah lain
Chery di ACE 2025 – dibarisi model terkini O5, Tiggo Cross, Tiggo 7 & 8 PHEV; rebat RM1k & hadiah lain

Dan model terbaharu adalah Tiggo 7 dan Tiggo 8 PHEV yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu. Ia dijual pada harga RM129,800 untuk model segmen-C Tiggo 7 dan RM159,800 untuk model segmen-D tujuh-tempat duduk Tiggo 8. Kedua-duanya digerakkan oleh unit rangkaian kuasa CSH yang menggandingkan enjin 1.5 liter empat-silinder turbo berkuasa 143 PS/215 Nm, bersama kotak gear DHT yang dipadankan bersama motor elektrik berkuasa 204PS/310 Nm.

Gandingan ini menghasilkan kuasa keseluruhan 279 PS dan tork maksima 365 Nm. Ia juga dibekalkan dengan bateri LFP berkapasiti 18.3 kWj yang boleh dicas semula seperti EV, memberikan jarak gerak tanpa enjin dihidupkan sejauh 90 km, serta boleh berjalan sejauh 1,200 km dengan satu tangki penuh petrol dan sati cas penuh bateri.

Di ACE 2025, Chery menawarkan rebat sebanyak RM1,000 dan hadiah istimewa bernilai RM250 untuk semua pelanggan yang membuat tempahan kereta baharu. Manakala setiap pengunjung reruai Chery pula akan menerima hadiah bernilai RM20, dan akan ditambah dengan hadiah bernilai RM40 sekiranya ada membuat pandu uji.

Manakala mereka yang membuat hantaran berkenaan reruai Chery di Instagram dan tag Chery Malaysia pula akan berpeluang untuk memenangi kemeja-T edisi khas Pestle & Mortar Co x Chery Tiggo Cross. Pelbagai barangan rasmi Chery juga ada dijual di sini.

Chery di ACE 2025 – dibarisi model terkini O5, Tiggo Cross, Tiggo 7 & 8 PHEV; rebat RM1k & hadiah lain
Chery di ACE 2025 – dibarisi model terkini O5, Tiggo Cross, Tiggo 7 & 8 PHEV; rebat RM1k & hadiah lain

Selain itu, setiap tempahan yang telah disahkan di ACE 2025 akan melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi hadiah utama berupa percutian yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang bernilai RM10,000. Ada juga barisan produk Kärcher yang bernilai lebih daripada RM30,000 untuk dimenangi oleh 20 pemenang.

Selain Chery, senarai jenama yang turut tampil antaranya ialah BMW dan MINI (diwakili oleh Wheelcorp Premium), Audi, Volkswagen, Zeekr (diwakili oleh Carro), Jaecoo, Jetour, Hyundai, Ford, BYD, Perodua, Proton, Proton eMas, Isuzu dan smart (diwakili oleh EON). Semua jenama ini akan menawarkan promosi terbaik mereka sepanjang acara berlangsung.

Ada banyak masa lagi sekiranya anda mahu rebut tawaran-tawaran yang disediakan. ACE 2025 berlangsung bermula hari ini iaitu 8 November sehingga esok 9 November di SCCC, bermula 9 pagi hingga 7 malam.

The post Chery di ACE 2025 – dibarisi model terkini O5, Tiggo Cross, Tiggo 7 & 8 PHEV; rebat RM1k & hadiah lain appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts