Tahun 2025 menjadi pencapaian tersendiri buat BYD Malaysia dari segi jualan: setakat November lalu, syarikat itu telah mencatatkan sebanyak 11,097 unit kenderaan BYD dan Denza yang sudah terjual bagi tempoh 11 bulan tahun ini, di sini (YTD). Angka itu juga merupakan peningkatan sebanyak 70% bagi tempoh sama pada 2024.
Jenama itu juga menegaskan beberapa lagi angka yang ingin dikongsi dalam sesi media ketika pembukaan pameran BYD Tech Discovery 2025 semalam (yang berlangsung dari 14-16 November). Jualan keseluruhan BYD dan Denza di Malaysia sejak mula beroperasi hampir tiga tahun lalu ialah 24,328 unit — sejak model pertama, Atto 3 dilancarkan.
Angka keseluruhan yang terbaru ini juga dicapai dalam tempoh selepas dua bulan BYD mengumumkan pencapaian angka jualan 20,000 unit. BYD ketika ini menawarkan tujuh EV di pasaran Malaysia — BYD Sealion 7, Seal sedan, Seal 6 EV, Atto 3, Atto 2 dan M6 MPV serta Denza D9 MPV.

Dari segi prasarana, jenama itu kini mempunyak hampir 40 cawangan jualan di seluruh negara, dan merancang untuk menambah angka tersebut kepada 50 menjelang penghujung 2026.
Dari sudut operasi lepas jualan, BYD kini mempunyai 24 cawangan, melibatkan juga 12 pusat cat dan badan serta pusat sentral bagi alat ganti yang ketika ini menyimpan 4,610 unit alat ganti tersedia; kadar ketersediaan yang sudah mencapai 94%.
The post BYD Malaysia catat YTD 2025 11,097 unit setakat Nov, naik 70% berbanding 2024; 24,328 unit keseluruhan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.






























