BYD kekal sebagai pengeluar kenderaan paling laris di China bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2025, syarikat itu berjaya menjual sebanyak 4,602,436 unit kenderaan (+7.73% berbanding 2024), termasuk 2,256,714 unit EV. Angka berkenaan juga turut termasuk 57,013 unit kenderaan komersial.

Jika pada 2024 BYD menjual 720,386 unit lebih banyak kenderaan plug-in hybrid (PHEV) berbanding EV pada 2024, jurang berkenaan semakin berkurang pada 2025 menjadi 89,008 unit lebih bagi PHEV. Eksport pula? BYD telah menjual sebanyak sejuta kenderaan di luar China, iaitu 151% lebih banyak berbanding 417,204 unit pada 2024.

Mujur jualan eksport BYD besar angkanya, kerana menurut Gasgoo, jualan bulanan BYD di China jatuh sebanyak dua digit sejak Julai hingga November tahun lalu, menjadikan penurunan selama lima bulan berturut-turut berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Car News China pula melaporkan, tahun 2026 akan menjadi tahun yang mencabar untuk BYD memandangkan kerajaan China akan lebih tegas terhadap amalan potongan harga besar oleh pemain-pemain industri di sana untuk merancakkan jualan EV mereka. Sebagai perbandingan, bagi tahun 2025, Geely menjual sebanyak 3,024,567 unit kenderaan keseluruhannya, sementara Chery Group dengan 2,806,393 unit dan GWM dengan 1,323,672 unit.

The post BYD kekal pengeluar kenderaan paling laris China, jual 4,602,436 unit pada 2025 — eksport naik 151% appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts