Antara perkara penting yang turut mendapat perhatian dalam Belanjawan 2026 ialah berkaitan bencana banjir dan lain-lain, yang turut memberi kesan kepada komuniti berkenderaan di seluruh negara. Untuk itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi meneruskan pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan tinggi mengikut jadual.
Ini termasuklah 12 RTB baru yang mula dilaksanakan tahun hadapan, antaranya:
- RTB Sungai Mengkibol, Mukim Kluang, Kluang, Johor
- RTB Sungai Chaah, Segamat, Johor
- RTB Sungai Temin/Bata, Kubang Pasu, Kedah
- RTB Sungai Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan
- RTB Sungai Gemencheh, Tampin, Neger Semblan
- RTB Sungai Jimah Fasa 2, Port Dickson, Negeri Semblan
- RTB Sungai Si Rusa, Port Dickson, Neger Semblan
- RTB Sungai Nyiur, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
- RTB Sungai Trong, Larut, Matang Dan Selama, Perak
- RTB Sungai Buloh Fasa 2, Selangor
- RTB Sungai Buaya, Kuala Nerus, Terengganu
- RTB Anak Sungai Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
Selaian itu, lebih RM260 juta diperuntukkan bagi mencegah, menyelenggara dan membaiki cerun seluruh negara termasuk Jalan Persekutuan. Dan, sebanyak RM55 juta untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua PBT.
The post Belanjawan 2026: RM2.2 bilion untuk projek tebatan banjir, lebih RM260 juta yang lain untuk baiki cerun appeared first on Paul Tan’s Automotive News.