Bagi yang ingin balik ke kampung atau ke mana-mana destinasi menggunakan lebuhraya utama sempena cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 20 Oktober 2025, ini ada berita baik untuk anda.
Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2026 petang ini.
Dan seperti kelazimannya, diskaun tol ini melibatkan semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Info mengenainya akan kami kongsikan apabila mendapat ‘greenlight’ dari Kementerian Kerja Raya kelak.
The post Belanjawan 2026: Diskaun tol 50% sempena Deepavali appeared first on Paul Tan’s Automotive News.