Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa penutupan sementara jalan secara berperingkat akan dilaksanakan sempena perarakan Kuil Sri Thandayuthapani “Panguni Uthiram” pada hari ini, 1 April 2026.

Ia melibatkan beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar termasuk Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Tun H.S Lee, Jalan Hang Lekir, Jalan Sultan, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Razak (Jalan Pekeliling) yang akan ditutup antara jam 9 malam hingga 11.59 malam ini.

Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak.

The post Beberapa jalan di sekitar pusat bandar KL ditutup berperingkat hari ini – 9 mlm-11.59 malam appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts