Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) sekali lagi berkongsi peringatan melalui laman Facebook berkaitan larangan pengayuh basikal untuk berada di dalam laluan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), termasuk di laluan motosikal. Perbuatan itu disifatkan sebagai sangat berbahaya dan membahayakan pengguna jalan yang lain, termasuk diri mereka sendiri.

Hantaran tersebut telah menimbulkan perdebatan yang hangat, dengan segelintir berpendapat bahawa lorong motosikal tidak kerap digunakan, sementara segelintir yang lain menyokong larangan tersebut. Apa pun, ada jurang perbezaan kelajuan yang jauh antara kedua-dua kenderaan itu, dan keselamatan seharusnya diutamakan terlebih dahulu.

Apa pula pandangan anda?

The post Basikal dilarang di KESAS, termasuk di lorong motor appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts