Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan bahawa bagi tempoh 4 hingga 10 Jun 2026, harga runcit bagi petrol RON 97 diturunkan sebanyak 30 Sen seliter, menjadi RM4.35 seliter.

Begitu juga dengan petrol RON 95 tanpa subsidi yang akan ditetapkan pada harga RM3.72 seliter, yang melibatkan penurunan sebanyak 20 sen seliter. Walau bagaimana pun, RON 95 di bawah program subsidi Budi95 masih kekal RM1.99 seliter.

Untuk diesel di Semenanjung pula, ia juga diturunkan sebanyak 20 sen seliter dan ditetapkan pada harga RM4.67 seliter. Manakala di Sabah dan Sarawak, harganya kekal pada RM2.15 seliter.

Kesemua harga baharu ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga Rabu, 10 Jun 2026. Ia merupakan pengumuman ke-24 bagi format harga mingguan tahun ini, dan yang ke-387 sejak mekanisme tersebut diperkenalkan pada awal 2019.

Pada 31 Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengumumkan kadar adunan biodiesel dinaikkan secara berperingkat daripada B10 kepada B15 di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 Jun 2026. Menerusi pelaksanaan ini, B15 akan mengandungi 15% biodiesel berasaskan minyak sawit atau Palm Methyl Ester (PME) dan 85% diesel petroleum, berbanding campuran 10% PME di bawah mandat B10 yang digunakan sebelum ini tanpa perlu pengubahsuaian enjin bagi kebanyakan kenderaan diesel.

The post Harga minyak 4-10 Jun – RON97 turun 30 sen, RON95 dan diesel Semenanjung masing-masing turun 20 sen appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts