Bagi tempoh 28 Mei hingga 3 Jun 2026, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit bagi petrol RON 97 diturunkan sebanyak 20 Sen seliter, menjadi RM4.65 seliter.
Begitu juga dengan petrol RON 95 tanpa subsidi yang akan ditetapkan pada harga RM3.92 seliter, yang melibatkan penurunan sebanyak 15 sen seliter. Walau bagaimana pun, RON 95 di bawah program subsidi Budi95 masih kekal RM1.99 seliter.
Untuk diesel di Semenanjung pula, ia juga diturunkan sebanyak 10 sen seliter dan ditetapkan pada harga RM4.87 seliter. Manakala di Sabah dan Sarawak, harganya kekal pada RM2.15 seliter.
Kesemua harga baharu ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga Rabu, 3 Jun 2026. Ia merupakan pengumuman ke-23 bagi format harga mingguan tahun ini, dan yang ke-386 sejak mekanisme tersebut diperkenalkan pada awal 2019.
The post Harga minyak 28 Mei-3 Jun – petrol RON97 turun 20 sen, RON95 turun 15 sen, diesel turun 10 sen appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















