Hari ini Denza Malaysia telah melancarkan SUV mewah Denza B8 untuk pasaran tempatan. Ia ditawarkan dengan varian Premium enam-tempat duduk yang ditetapkan pada harga atas jalan bermula RM458,800 tanpa insurans dan model spesifikasi penuh, Dynamic tujuh-tempat duduk yang berharga dari RM518,800.

Dikenali sebagai Fangchengbao Bao 8 untuk pasaran negara kelahirannya, China, B8 dibina berasaskan casis ladder frame dan dilengkapi sistem 4X4 serta digerakkan dengan unit penjana kuasa plug-in hybrid (PHEV) berkuasa tinggi Dual-Mode Off-road (DMO) untuk gabungan prestasi jalan raya serta keupayaan off-road.

Unit penjana kuasa tersebut menampilkan dua motor elektrik, iaitu satu untuk memacu roda hadapan berkuasa 272 PS (200 kW) dan tork 360 Nm, dan satu lagi memacu roda belakang berkuasa 408 PS (300 kW) dan tork 400 Nm. Ia dipadankan dengan enjin khas hibrid 2.0 liter empat-silinder petrol turbo berkuasa 197 PS (145 kW) dan tork maksima 350 Nm.

Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k

Dengan gabungan penjana kuasa tersebut, ia mampu menghasilkan keseluruhan kuasa sehingga 612 PS (450 kW) dan tork maksima cecah 760 Nm, membolehkan SUV gergasi ini boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 4.8 saat. Ia turut menyokong mod pemanduan Pure EV, HEV Series dan Parallel yang secara automatik menyesuaikan penghantaran kuasa mengikut keadaan pemanduan semasa.

Motor-motor elektrik berkenaan menerima kuasa dari bateri BYD Blade berkapasiti 36.8kWh yang membolehkan ia bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 100 km berdasarkan kitaran ujian WLTP (115km ikut NDEC). Dan dengan tangki petrol berkapasiti 91 liter, SUV ini didakwa boleh bergerak sejauh 1,040 km NEDC (hampir 900 km WLTP) dan penggunaan bahan apinya sekitar 9.89 liter bagi setiap 100 km.

Seperti EV sebenar, bateri SUV PHEV ini mampu menerima pengecas pantas DC sehingga 120 kW yang membolehkan pengecasan 30% hingga 80% dalam 16 minit, dan pengecas AC biasa sehingga 11 kW. Ia juga boleh bertindak seperti power bank gergasi dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) dengan kapasiti 6.6 kW bagi membolehkan penggunaan kuasa luaran.

Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k

SUV ini berukuran 5,195 mm panjang, 1,994 mm lebar, 1,905 mm tinggi dan jarak roda cecah 2,920 mm. Jarak kelegaan tanah (ground clearance) sehingga 310 mm dan SUV ini seberat 3,290 kg. Untuk sistem suspensinya, ia diberikan suspensi DiSUS-P Intelligent Hydraulic Body Control System yang membolehkan ketinggiannya dianjak 140 mm. Ini membolehkan ia meredah air pada kedalaman sehingga 890 mm, serta dengan sudut pendekatan 34 darjah dan sudut pelepasan 35 darjah.

Bagi imej luarannya, wajah B8 nampak agresif, di mana ia menerima sentuhan rekaan yang berinspirasikan robot-robot mecha anime Jepun, dan digandingkan dengan lampu hadapan LED “Starship Wing”. Ia juga dikelilingi dengan panel-panel pelindung badan dalam kemasan hitam berkilat, dan soft close door. Manakala di belakang, ia diberikan lampu LED dengan rekaan “Energy Thruster”. Ia turut diberikan rim aloi 20-inci jejari-Y berwarna hitam yang sedikit kecil berbanding Fangchengbao B8 di China yang diberikan set rim berdiameter 21-inci.

Untuk bahagian kabinnya pula, papan pemukanya direka bersegi bagi memberikan imej lasak, tetapi ia masih diberikan skrin-skrin gergasi seperti kebanyakan model-model lain dari China. Pada bahagian pemandu, ditampilkan skrin gergasi 12.3-inci untuk paparan instrumen digital, serta dibantu lagi dengan paparan head-up yang dipancarkan ke cermin hadapan. Manakala pada konsol tengah diberikan skrin lebih besar bersaiz 17.3-inci untuk sistem infotainmen.

Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k

Manakala pada konsol terowong, ia diberikan tombol gear yang dinaikkan selepas enjin dihidupkan, dan juga pelbagai suis fizikal seakan kristal untuk kawalan pelbagai fungsi unit penjana kuasanya. Perincian lain yang turut diberikan termasuktempat duduk hadapan kawalan kuasa dengan fungsi pemanas, ventilasi dan pengurut, tempat duduk kapten pada barisan kedua yang memberikan fungsi ottoman dan pengurut, dan juga upholsteri kulit Nappa, pengecas tanpa wayar Qi berkembar 50 watt, ruang storan pada perehat tangan dengan fungsi penyejuk dan pemanas, serta sistem bunyi Devialet dengan 18-pembesar suara yang diberikan secara standard.

Ia turut diberikan suis pelbagai fungsi pada pintu belakang bagi membolehkan penumpang membuka atau menutup cermin tingkap bertentangan dan juga pelindung matahari pada bumbung suria, serta terdapat butang satu sentuhan untuk membaringkan atau menolak tempat duduk barisan kedua ke hadapan bagi memberikan ruang kaki lebih luas. Untuk versi enam-tempat duduk, ia juga memiliki ciri infrared night vision tetapi tidak diberikan untuk varian Dynamic.

B8 ini tidak diberikan fungsi pintu tailgate bantuan kuasa kerana ia dibuka dari sisi seperti pintu biasa, tetapi datang dengan fungsi larasan ketinggian dari but belakang yang membolehkan anda merendahkan bahagian belakang, bagi membantu untuk memasukkan barang yang berat atau besar pada bahagian tersebut.

Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k

But belakang SUV ini cuma menawarkan ruang kargo sebesar 147 liter. Namun tempat duduk baris kedua dan ketiganya boleh dilipat dengan mudah dengan bantuan kuasa, memberikan ruang sehingga 920 liter bagi tujuh-tempat duduk dan 902 liter untuk model enam-tempat duduk.

B8 ditawarkan dengan pilihan warna luaran Alpine White, Dawn Gold, Eclipse Black, Emerald Green dan Nebula Silver, serta dua versi rona dalaman iaitu Onyx Black dan Jasper Brown.

Sekali lagi, harga B8 bagi varian Premium enam-tempat duduk bermula RM458,800 tanpa insurans dan model spesifikasi penuh, Dynamic tujuh-tempat duduk yang berharga dari RM518,800. Ia turut didatangkan dengan waranti kenderaan enam-tahun atau 150,000 km, servis penyelenggaraan percuma enam-tahun bernilai RM10,000, waranti bateri voltan tinggi lapan-tahun atau 160,000 km, waranti unit pacuan lapan-tahun atau 160,000 km dan adapter V2L percuma bernilai RM700.

Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k
Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k
Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k
Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k
Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k
Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k
Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k
Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k

The post Denza B8 dilancar di Malaysia – PHEV 4×4, 612 PS/760 Nm, DiSus-P; 6/7 tempat-duduk; dari RM459k-RM519k appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts