Hampir lapan jam mengalami kelewatan operasi susulan masalah teknikal yang melibatkan sebuah tren di Stesen Kelana Jaya pagi tadi, Rapid KL memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah kembali beroperasi seperti biasa mula jam 1.31 tengahari tadi.
Rapid KL berkata, tren yang terlibat telah dikeluarkan daripada perkhidmatan dan siasatan terperinci untuk mengenalpasti punca gangguan akan dilaksanakan pada waktu kejuruteraan pada malam ini, selepas tamat operasi.
“Sehubungan itu, perkhidmatan bas perantara ulang-alik percuma juga ditamatkan. Namun, kakitangan tambahan akan terus ditempatkan stesen-stesen utama untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada penumpang. Penumpang disarankan merujuk pada laman media sosial Rapid KL atau aplikasi perjalanan MyRapid PULSE untuk sebarang maklumat terkini perkhidmatan.
“Rapid KL memohon maaf diatas kesultan yang dialami oleh para penumpang yang terjejas akibat gangguan ini, dan memberi jaminan bahawa keselamatan para penumpang adalah menjadi keutamaan pihak operasi,”kata Rapid KL menerusi kenyataan yang disiarkan.
The post LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa – bas perantara percuma ditamatkan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















