Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih susulan gangguan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin yang berlaku semalam masih giat dijalankan.
“Sehingga kerja pembaikan selesai, perkhidmatan tren alternatif akan diteruskan iaitu tren dari Sentul Timur beroperasi seperti biasa ke Putra Heights dan sebaliknya. Manakala tren dari Ampang akan berpatah balik di Chan Sow Lin. Tren alternatif ini akan tiba dengan kekerapan setiap enam minit.
“Penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Ampang harus membuat pertukaran di Stesen Chan Sow Lin. (Platform 1B dan 2B). Manakala penumpang dari Ampang ke Sentul Timur, harus membuat pertukaran di Stesen Chan Sow Lin (Platform 1A),” kata Rapid KL menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook rasminya.
Jelasnya lagi, bagi melancarkan pergerakan penumpang, kakitangan tambahan telah ditempatkan di stesen terlibat untuk memberikan bantuan dan panduan perjalanan. Pengumuman berkala turut dibuat di stesen bagi memaklumkan status terkini perkhidmatan. Penumpang disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Laluan Ampang/Sri Petaling melalui laman media sosial Rapid KL atau aplikasi MyRapid PULSE.
The post LRT Laluan Ampang/Sri Petaling: Kerja baikpulih di Stesen Chan Sow Lin masih giat dijalankan appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















