Konflik Asia Barat yang berlarutan telah melonjakkan harga minyak mentah global lebih 40% hingga melepasi AS$100 setong, sekali gus meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak dunia.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa untuk tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026, harga runcit bagi petrol RON97 naik 60 sen seliter menjadi RM5.15 seliter.
Bagi RON95 tanpa subsidi pula, ia juga naik 60 sen seliter menjadi RM3.87 seliter. Namun RON95 bersubsidi di bawah program Budi95 masih dikekalkan pada RM1.99 seliter.
Manakala diesel untuk semenanjung Malaysia pula mengalami kenaikan sebanyak 80 sen, menjadi RM5.52 seliter. Manakala diesel untuk Sabah, Sarawak dan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter.
MOF berkata, Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga petroleum bagi memastikan kestabilan harga serta kesejahteraan rakyat.
The post Harga minyak 26 Mac-1 April – Diesel kini RM5.52 seliter, RON97 pada RM5.15, RON95 pada RM3.87 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















