Proton hari ini mengumumkan bahawa model kemaskini S70 MC1 2026 kini telah ditempah sebanyak 7,157 unit selepas ia dilancarkan pada 11 Februari lalu. Dan secara keseluruhan buat masa sekarang sebanyak 40,112 unit Proton S70 telahpun diserahkan kepada pemilik selepas pelancaran versi asal sedan segmen-C tersebut pada November 2023.
“Pencapaian melepasi 40,000 unit sejak pelancarannya merupakan satu kejayaan penting bagi Proton dan menunjukkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap model ini. Kami akan terus berusaha membina momentum ini sambil memastikan pelanggan terus menikmati pengalaman pemilikan yang kukuh, disokong oleh rangkaian Proton di seluruh negara,” kata CEO Proton Edar, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa.
Proton S70 merupakan model yang diasaskan dari Geely Emgrand. Namun berbanding Emgrand yang hanya menerima enjin 1.5 liter NA dan kotak gear CVT, S70 pula tampil lebih berkuasa dengan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo berkuasa 150 PS dan tork maksima 226 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan.
Manakala versi MC1 yang baru dilancarkan bulan lalu pula menerima tingkat taraf enjin yang lebih berkuasa, di mana enjin tiga-silinder tersebut ditukar dengan enjin i-GT 1.5 liter empat-silinder turbo bersama sistem suntikan bahan api terus, menghasilkan kuasa 181 PS dan tork maksima 290 Nm.
Proton S70 MC1 2026 Flagship X
Proton S70 MC1 2026 Flagship
Proton S70 MC1 Premium 2026
Proton S70 MC1 2026 di SIC
Slide maklumat
The post Proton S70 MC1 2026 – 7,157 unit ditempah selepas sebulan dilancar; keseluruhan S70 kini lebih 40k unit appeared first on Paul Tan’s Automotive News.


































































































































































































































































































