Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah bertindak menahan sebuah Lamborghini Aventador di Persiaran Ampuan Rahimah, Klang, semalam. Hasil pemeriksaan menerusi Ops Luxury itu, JPJ mendapati bahawa jentera prestasi terbabit memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM atau cukai jalan) yang telah tamat tempoh.
Selain itu, ia juga menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi. Susulan kedua-dua kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Aventador berkenaan telah disita di JPJ Shah Alam untuk tindakan lanjut.
“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya.
Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan aduan.
The post JPJ sita Lamborghini Aventador di Klang – cukai jalan luput, nombor pendaftaran tak ikut spesifikasi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















