Jika anda menghadapi kesulitan untuk menghantar kenderaan bagi jalani pemeriksaan pada hari bekerja, anda masih boleh berbuat demikian pada hujung minggu ini. Puspakom memutuskan untuk melanjutkan waktu operasinya pada Sabtu ini, 14 Mac 2026.

Lanjutan operasi ini melibatkan semua cawangan kecuali di Langkawi, yang akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang, seperti mana waktu operasinya pada Sabtu yang lepas-lepas.

Anda boleh membuat temujanji menerusi dalam talian menerusi GiCheck (portal atau aplikasi) sebelum pergi ke cawangan terbabit. Tiada kunjungan secara walk-in dibenarkan.

Jadi, sebelum anda memulakan perjalanan panjang untuk ke mana-mana destinasi terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri ini, sila periksa kondisi kenderaan anda terlebih dahulu. Pastikan ia selamat digunakan ya.

The post Puspakom lanjut waktu operasi pada Sabtu ini, 14 Mac 2026 – melibatkan semua cawangan kecuali Langkawi appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts