Pengendali Lebuhraya DUKE telah memaklumkan bahawa susur masuk ke Bamboo Hill dari Jalan Ipoh ditutup sepenuhnya selama sembilan bulan bermula hari ini (2 Mac 2026).

Penutupan laluan berkenaan adalah bagi pelaksanaan kerja-kerja pembinaan jejambat jalan oleh Tetuan Concord Housing Development Sdn. Bhd.

“Oleh yang demikian, pengguna diminta menggunakan laluan alternatif termasuk menggunakan Lebuhraya NKVE dan seterusnya ke Lebuhraya DUKE untuk ke Bamboo Hill. Atau pun dari Jalan Ipoh, anda boleh memasuki Lebuhraya DUKE untuk ke susur masuk Bamboo Hill. Sila rujuk pelan pengurusan trafik di atas untuk info yang lebih jelas.

The post Susur masuk ke Bamboo Hill dari Jalan Ipoh ditutup sepenuhnya selama 9 bulan mulai hari ini appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts