Puspakom telah mengumumkan penangguhan sementara bagi fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck, yang dilancarkan pada awal bulan ini. Penangguhan tersebut bermula hari ini (23 Februari) sehingga 8 Mac 2026, dan akan diaktifkan semula mulai jam 12.01 tengahmalam pada 9 Mac ini.
Syarikat pemeriksaan kenderaan itu turut berkata sepanjang tempoh tersebut, permohonan bayaran balik tidak dapat dimohon melalui aplikasi GiCheck dan hanya boleh dibuat semula selepas sistem kembali beroperasi.
Difahamkan bahawa tempoh kelayakan untuk bayaran balik adalah satu bulan dari tarikh pemeriksaan. Jika tempoh ini bertindih dengan gangguan sistem, baki hari yang terjejas akan dibawa ke hadapan sebaik sahaja sistem kembali beroperasi.
Sebagai contoh, jika tarikh pemeriksaan kenderaan anda ialah 28 Januari, tempoh kelayakan asal untuk bayaran balik adalah sehingga 28 Februari. Namun, memandangkan gangguan sistem GiCheck bermula pada 23 Februari, enam hari yang ‘hilang’ itu akan dibawa ke hadapan, menjadikan tarikh akhir baharu ialah 5 Mac.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi khidmat pelanggan Puspakom di talian 03-51017000.
The post Puspakom umum fungsi bayaran balik menerusi aplikasi GiCheck ditangguh hingga 8 Mac 2026 appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















