Ini ada makluman buat warga PJ. MBPJ mengumumkan bahawa laluan aliran kontra (contraflow) biasa pada hari bekerja di Jalan Gasing, Jalan Templer dan Lebuhraya NPE ditutup sementara sempena cuti Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.

Laluan aliran kontra tersebut yang membantu meningkatkan kapasiti trafik pada waktu puncak hari bekerja, tidak akan diaktifkan mulai hari ini hingga Jumaat, iaitu 16 hingga 20 Februari. Walau bagaimana pun, ia akan disambung semula pada Isnin hadapan, 23 Februari 2026.

Penutupan ini dijangka tidak memberi banyak kesan kerana trafik di PJ dan Lembah Klang dijangka sangat lengang minggu ini memandangkan ramai yang mengambil kesempatan untuk balik kampung atau bercuti. Bagi yang masih berada di bandar, nikmatilah ketenangan sementara ini!

The post Aliran kontra di Jalan Gasing-Templer dan NPE tidak beroperasi pada 16-20 Feb sempena cuti sekolah appeared first on Paul Tan’s Automotive News.

Shares:

Related Posts