Untuk pengguna Lebuhraya Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), ini ada makluman buat anda. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan laluan kontra antara Bandar Saujana Putra dan Putrajaya. Lokasi tepatnya ialah antara KM18 hingga KM19.50 menuju ke KLIA.
Laluan kontra berkenaan akan dilaksanakan mulai jam 11 malam ini (11 Februari) hingga 5 pagi esok (12 Februari), bagi memberikan laluan kerja-kerja pembaikan pembinaan jambatan oleh kontraktor pihak ketiga.
Berdasarkan grafik di atas, dapat dilihat bahawa tiga lorong termasuk lorong kecemasan menghala ke Putrajaya akan ditutup, malah lorong laju di arah bertentangan juga akan ditutup untuk dijadikan kawasan kerja. Semua trafik yang menghala ke Putrajaya akan dilencongkan ke satu lorong sahaja, manakala trafik menghala ke Shah Alam/Subang akan menggunakan dua lorong bersama satu laluan lencongan.
Pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda trafik serta arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja demi keselamatan bersama.
The post PLUS laksana laluan kontra di Bandar Saujana Putra ke Putrajaya di Lebuhraya ELITE malam ini appeared first on Paul Tan’s Automotive News.















